Nareeyah’s Weblog

Just another WordPress.com weblog

April 16, 2008

Filed under: 1 — nareeyah @ 3:49 am

SEBUAH PERMAINAN : TERUNGKAINYA TALI AQIDAH
KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

Seorang guru wanita sedang bersemangat
mengajarkan sesuatu kepada
anak muridnya. Ia duduk menghadap anak
muridnya. Di tangan kirinya ada
kapur, di tangan kanannya ada kayu
pemadam. Guru itu berkata, “Saya ada
satu
permainan… Caranya begini, ditangan
kiri saya ada kapur, di tangan
kanan ada kayu pemadam. Jika saya
angkat kapur ini, maka
sebutlah “Kapur!”,
jika saya angkat kayu pemadam ini,
maka katalah “Pemadam!”

Anak muridnya faham dan seterusnya
menyebut dengan betul. Guru bersilih-
ganti
mengangkat tangan kanan dan kirinya,
semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali
berkata, “Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka
sebutlah “Pemadam!”, jika saya angkat
kayu pemadam, maka
katakanlah “Kapur!”. Dan diulangkan
seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan
kekok, dan sangat sukar untuk
mengubahnya. Namun lambat laun, mereka
kembali biasa dan tidak kekok lagi.
Selang beberapa saat, permainan
berhenti.

Guru tersenyum kepada anak
muridnya. “Murid-murid, begitulah kita
umat Islam. Mulanya yang haq itu haq,
yang bathil itu bathil. Kita
begitu jelas membezakannya. Namun
kemudian, satelah musuh kita memaksakan
kepada kita dengan perbagai cara untuk
menukarkan sesuatu, perkara yang
haq telah menjadi bathil, dan
sebaliknya. Pada mulanya agak sukar
bagi
kita menerima hal tersebut, tapi
kerana terus disosialisasikan dengan
pelbagai cara menarik oleh mereka,
lambat laun kita akan terbiasa
dengan hal itu, seterusnya kita mulai
dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita
tidak pernah berhenti membolak-balik
dan menukar nilai murni akidah/hukum
Islam
dari masa ke semasa.

“Keluar berduaan, berkasih-kasihan
tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina
tidak lagi jadi persoalan, pakaian
seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa
rasa malu, sex sebelum nikah menjadi
suatu kebiasaan dan trend, hiburan
yang asyik dan panjang sehingga
melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya
hidup dan lain lain.” “Semuanya
sudah terbalik. Dan tanpa disedari,
anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu
kesalahan dan kemaksiatan. Faham?”
tanya
Guru kepada anak muridnya.

“Baik untuk permainan kedua…”
Gurunya meneruskannya……

“Cikgu ada Qur’an,cikgu akan
letakkannya di tengah karpet. Sekarang
anda
berdiri diluar karpet. Permainannya
adalah , bagaimana caranya mengambil
Qur’an yang ada ditengah tanpa memijak
karpet?”

Murid-muridnya berfikir . Ada yang
mencuba dengan tongkat, dan
selainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar,
digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur’an. Ia memenuhi syarat, tidak
memijak karpet ..”Murid-murid,
begitulah ummat Islam dengan
musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-
terangan. ..Kerana tentu anda akan
menolaknya dengan mentah. Orang
biasapun tak akan rela kalau Islam
dihina dihadapan mereka. Tapi mereka
akan monolak kita secara ansur-ansur,
sehingga kita tidak sedar.

“Jika seseorang ingin membuat rumah
yang kuat, maka dibina tapak yang
kuat. Begitulah Islam, jika ingin
kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar
rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
tapaknya dulu, tentu saja dinding dan
peralatan akan dikeluarkan dulu,

kerusi dipindahkan dulu, Almari
dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan. …”

“Begitulah musuh-musuh Islam
menghancurkan kita. Ia tidak akan
menghentam terang-terangan, tapi ia
akan perlahan-lahan merusakan kita.
Mulai dari perangai kita, cara hidup,
pakaian dan lain-lain, sehingga
meskipun kita muslim, tapi kita telah
meninggalkan ajaran Islam dan
mengikuti cara mereka… Dan itulah
yang mereka inginkan.” “Ini
semua adalah fenomena Ghazwul Fikri
(Perang Pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita… ”

“Kenapa mereka tidak berani terang-
terang memijak-mijak kita, cikgu?”
tanya
murid- murid.

“Sesungguhnya dahulu mereka terang-
terang menyerang Islam, misalnya Perang
Salib, Perang Tartar, dan lain-lain.
Tapi sekarang tidak lagi.”
“Begitulah Islam… Kalau diserang
perlahan-lahan, mereka tidak akan
sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau
diserang secara terang-terangan,
kita akan bangkit serentak, baru
mereka gerun”.

“Kalau begitu, kita selesaikan
pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang…”

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM
KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN
HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA…
MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA
AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN
TERANCAM.

UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN
WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN
KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN
HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA
DIRI..

JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG
TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA
BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA
SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2
LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL,
MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI
KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN
MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.
wallahuallam..